Sabtu, 28 Februari 2009

Sejarah Asal Perniagaan

Dikenali sebagai Kedai Imam Hasan. Kedai Runcit yang diusahakan oleh pasangan Hasan Bin Said dan Rahmah Binti Taib ditubuhkan serentak tahun kelahiran anak ke empat atau anak pertama lelaki pada tahun 1972 di Kampung Beris Pak Abu, Jerteh Besut, Terengganu. Pada masa tersebut jarang perniagaan runcit didaftarkan dengan pihak kerajaan.


Perniagaan pertama kedai runcit ini menjual barangan keperluan harian. Disamping kedai runcit pasangan ini menjalankan perusahaan membuat bahan binaan rumah seperti Tapak Simen tiang rumah (Pelapik), Pembentung telaga dan lain-lain lagi.

Pada 13/12/1987 baru lah perniagaan didaftarkan, perniagaan ini didaftarkan atas nama Hasan Bin Said (No.Daftar: KT0053406T). Perniagaan ini berkembang ditambahkan dengan perniagaan runcit minyak petrol dan diesel. Dapat lesen pam minyak mini. Perniagaan berpindah pada tahun 1989 atas sebab perpindahan tempat duduk. Dapat pampasan dari kerajaan kerana tanah diambil untuk buat Lapangan Terbang Gong Kedak. Perniagaan berpindah di Hadapan Masjid Kampung Guntung Dalam. Pada 15/12/2000 nama perniagaan ditamatkan dan diganti dengan syarikat S.H Hasrah Enterprise.

Pada 01/01/1992 perniagaan perkongsian ditubuhkan atas nama Ismy Jaya (No. Daftar: KT0086837P) di lokasi Lot 204, Kg. Raja Barang, Chendering Kuala Terengganu. Perkongsian tiga orang rakan Hasan Bin Said sebagai pengurus dan rakan kongsi Wan Salleh Bin Wan Daud (2825678) dan Shamsudin Bin Ibrahim (1262275). Atas sebab-sebab teknikal perniagaan ini ditamatkan.

Pada 12/02/1995 perniagaan perniagaan perkongsian ditubuhkan atas nama S.H Hasrah Enterprise (TR0006046P). Lokasi perniagaan di Lot 400, Kampung Guntung Dalam. Saidi Bin Hasan sebagai pengurus dan dua rakan kongsi Aminah Binti Hasan dan Man Bin Said. Atas sebab-sebab tertentu dua rakan kongsi menarik diri pada 27/03/1995. Dari tarikh ini S.H Hasrah Enterprise menjadi Perniagaan Tunggal.

Antara lain-lain perniagaan anak-anak pasangan Haji Hasan Bin Said dan Hajah Rahmah Binti Haji Taib:

  • Budi Teknik Enterprise
  • R.H Hasrah Enterprise
  • Kastalani Jaya Enterprise (001392138-T)
  • Rashidah Unggul Enterprise

Tiada ulasan:

Catat Ulasan